Perlembagaan
negara Malaysia ini berdasarkan kepada Perlembagaan Persekutuan
Malaysia yang berkuatkuasakan 31 Ogos 1957, dan digubal oleh suruhanjaya
Reid. Antara lain ia menyebut tentang pembentukan kerajaan pusat yang
kuat dan berkuasa ke atas negeri-negeri, kedudukan raja-raja Melayu ,
memilih dan melantik Yang di-Pertuan Agong daripada kalangan Raja-raja
Melayu, kedudukan istimewa orang Melayu, wujudkan satu rupa bangsa,
menjadikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, dan lain-lain.
Keluhuran Perlembagaan merupakan prinsip Rukun Negara Malaysia yang
ketiga. Keluhuran Perlembagaan ini juga bermaksud ketinggian
perlembagaan atau ketertinggian undang-undang.Ia nya terletak pada
kedudukannya sebagai undang-undang tertinggi yang menjadi sumber dan
punca kepada semua undang-undang. Yang di-Pertuan Agong (YDPA) serta
sistem pemerintahan kerajaan yang terdiri daripada badan perundangan,
kehakiman dan eksekutif juga tertakluk kepada Perlembagaan Persekutuan.
Melalui konsep ini, tiada institusi yang dapat mengatasi ketertinggian
Perlembagaan Persekutuan sekali gus menjadikannya sebagai pelindung
kepada rakyat.
No comments:
Post a Comment