Konsep
Raja Berperlembagaan adalah satu konsep pemerintahan yang mengekalkan
raja sebagai pemerintahan tertinggi tertakluk kepada Perlembagaan
Malaysia. Ketua Negara iaitu Yang Di-Pertuan Agong (YDPA). Baginda akan
dilantik oleh Majlis Raja-Raja Melayu dan dibantu oleh Perdana Menteri.
Yang Di-Pertuan Agong bertindak mengikut nasihat Perdana Menteri
berdasarkan Perlembagaan Malaysia. Baginda tidak boleh bertindak
sendirian kecuali hal yang memerlukan budi bicara baginda. Baginda
dipilih daripada kalangan 9 Raja Melayu secara bergilir-gilir mengikut
peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia, iaitu Negeri Sembilan, Selangor,
Perlis, Terengganu, Kedah, Kelantan, Pahang, Johor, dan Perak. Yang
Di-Pertuan Agong juga membantu memantapkan kewibawaan institusi beraja
di Malaysia. Malaysia memilih untuk mengamalkan sistem pemerintahan
Demokrasi Berparlimen dengan Konsep Raja Berperlembagaan.
Oleh itu, Yang Di-Pertuan Agong bertindak sebagai Ketua Negara. Selain itu, Malaysia juga merupakan negara yang mengamalkan sistem demokrasi berasaskan sistem Persekutuan. Hal ini menyebabkan semua negeri dalam Malaysia bersetuju dengan konsep penubuhan negara Malaysia. Oleh yang sedemikian, setiap negeri harus menyerahkan sebahagian kuasa masing-masing seperti pertahanan, pelajaran, kewangan dan lain-lain lagi seperti mana yang tercatat dalam Perlembagaan Malaysia. Perlembagaan negara kita telah digubal dengan ciri-ciri sistem Demokrasi Berparlimen. Kuasa dibahagikan kepada tiga bagi memenuhi ciri-ciri sistem Demokrasi Berparlimen. Tiga bahagian tersebut adalah Badan Pemerintah (eksekutif), Badan Perundangan (legislatif) dan Badan Kehakiman (judsiari). Kuasa, bidang tugas dan peranan bagi ketiga-tiga badan ini adalah berlainan. Ketiga-tiganya dipantau oleh Yang Di-Pertuan Agong. Namun bagi menjamin keadilan di negara Malaysia, Badan Kehakiman sahaja merupakan sebuah badan yang berasingan dan bebas dari politik.

No comments:
Post a Comment