Perlembagaan
Persekutuan mempunyai ciri-ciri yang khas dan ia telah menjadikan
Perlembagaan sebagai undang-undang negara yang menjadikan Perlembagaan
sebagai undang-undang negara yang menjamin keamana dan kesejahteraan
rakyatnya.
Oleh itu, perkara penting yang mencirikan perlembagaan ialah
ia melambangkan Malaysia sebagai sebuah negara Persekutuan mempunyai
Raja berperlembagaan, mengamalkan sistem demokrasi berparlimen,
menjadikan agama islam sebagai agama rasmi, tetapi agama lain bebas
diamalkan. Ini menunjukkan Malaysia sebagai sebuah negara yang
mengamalkan sikap tolak ansur dan menjaga kepentingan semua kaum dan
bangsa. Manakala Perlembagaan pula menjadi sumber undang-undang
tertinggi negara ini.
Selain daripada itu, perlembagaan juga
memperuntukkan pengasingan kuasa dalam pentadbiran kerajaan. Ini juga
melambangkan sikap toleransi pemerintah dan menjamin amalan demokrasi
tetap wujud.
No comments:
Post a Comment