Sunday, October 7, 2018

FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN SESUATU PERKARA DALAM PERLEMBAGAAN TERPAKSA DIPINDA /DITAMBAH DARI SEMASA KE SEMASA

Setiap perlembagaan bertulis mengalami perubahan atau boleh dipinda dari semasa ke semasa. Pindaan perlembagaan dibuat kerana sikap, fahaman dan kehendak rakyat telah berubah. Kadangkala keputusan mahkamah juga menyebabkan perlembagaan dipinda. Sejak Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu digubal, ianya telah mengalami beberapa perubahan dan pindaan. 

     Namun begitu, pindaan dan perubahan yang dibuat itu, sehingga kini masih kekal dengan sifat dalam lingkungan rangka perlembagaan asal yang telah diwujudkan itu. Perubahan dan pindaan yang dilakukan dalam perlembagaan itu adalah berdasarkan kepada beberapa perubahan yang berlaku di negara kita. Ini merupakan suatu perkara yang biasa, lebih-lebih lagi apabila terdapat sesuatu perkara dalam perlembagaan yang dirasakan tidak begitu sesuai lagi. Contohnya, apabila Persekutuan Tanah Melayu bertukar menjadi Malaysia dengan kemasukan Sabah dan Sarawak, Perlembagaan telah dipinda supaya dapat disesuaikan sesuatu undang-undang itu dengan konsep malaysia. Satu lagi peristiwa yang membawa kepada pindaan perlembagaan ialah tragedi berdarah 13 Mei 1969. Ianya berkaitan dengan soal kebebasan hak asasi serta kesetiaan kepada Raja dan Perlembagaan. 

       Kebebasan asasi untuk bercakap, berhimpunan dan menubuhkan persatuan sewenang-wenangnya tanpa kawalan mencetuskan perkara yang tidak diingini. Di kalangan orang bukan Melayu misalnya, telah dengan lantangnya mempersoalkan kedududkan raja-raja, hak keistimewaan orang Melayu dan bahasa Kebangsaan. Akibat daripada tercetusnya peristiwa berdarah 13 Mei 1969 itu, Parlimen pada tahun 1967 telah meluluskan akta meminda Perkara 10 Perlembagaan Malaysia mengenai kebebasan bersuara, berhimpun dan berpersatuan. Perlembagaan Malaysia juga sentiasa dikaji dari semasa ke semasa. Jika perlu ianya akan dipinda dan diubah mengikut kehendak pemimpin dan kerajaan yang memerintah. Kali terakhir berlaku pindaan Perlembagaan ialah semasa Dewan Rakyat bersidang pada bulan Ogos 1983 yang lalu. Dalam persidangan Dewan Rakyat pada bulan Julai 1983, Dewan telah meluluskan beberapa rang undang-undang yang kemudian diluluskan oleh Dewan Negara . 




Image result for undang undang malaysia


      Di Malaysia, pindaan Perlembagaan adalah bertujuan untuk melindungi kepentingan rakyat dan menjaga keselamatan negara. Pindaan ini  bertujuan untuk melicinkan urusan pentadbiran negara supaya sentiasa relevan dan sesuai. Perlembagaan dipinda bagi mengelakkan perkara sensitif dipersoalkan secara terbuka.Contoh pindaan Akta Hasutan 1970 yang telah diluluskan oleh Parlimen.

No comments:

Post a Comment