Sunday, October 7, 2018

DUB 1012 : PENGAJIAN MALAYSIA

DUB 1012: PENGAJIAN MALAYSIA

 TAJUK: KONSEP KELUHURAN PERLEMBAGAAN

NAMA DAN NO PENDAFTARAN:


1)SUZAIFA ELISHA BINTI ABDUL RAHMAN (05DPM17F2017)



2)NURUL HUDA BINTI ABDULLAH (05DPM18F1997)



3)NOOR SUHAILI BINTI SULAIMAN (05DPM18F1012)



4)NOORFATIHAH BINTI ABD MUTALIB (05DPM18F1018)



PENSYARAH: PUAN FADHLINA  MOHAMAD AHMAD

PENGENALAN

Perlembagaan negara Malaysia ini berdasarkan kepada Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang berkuatkuasakan 31 Ogos 1957, dan digubal oleh suruhanjaya Reid. Antara lain ia menyebut tentang pembentukan kerajaan pusat yang kuat dan berkuasa ke atas negeri-negeri, kedudukan raja-raja Melayu , memilih dan melantik Yang di-Pertuan Agong daripada kalangan Raja-raja Melayu, kedudukan istimewa orang Melayu, wujudkan satu rupa bangsa, menjadikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, dan lain-lain. Keluhuran Perlembagaan merupakan prinsip Rukun Negara Malaysia yang ketiga. Keluhuran Perlembagaan ini juga bermaksud ketinggian perlembagaan atau ketertinggian undang-undang.Ia nya terletak pada kedudukannya sebagai undang-undang tertinggi yang menjadi sumber dan punca kepada semua undang-undang. Yang di-Pertuan Agong (YDPA) serta sistem pemerintahan kerajaan yang terdiri daripada badan perundangan, kehakiman dan eksekutif juga tertakluk kepada Perlembagaan Persekutuan. Melalui konsep ini, tiada institusi yang dapat mengatasi ketertinggian Perlembagaan Persekutuan sekali gus menjadikannya sebagai pelindung kepada rakyat.



PERLEMBAGAAN BOLEH MENJAMIN KEAMANAN DAN KESTABILAN NEGARA

Perubahan pucuk pimpinan yang berlaku selepas proses pilihan raya tidak akan menyebabkan sebarang kesan ke atas negara mahupun corak pemerintahan. Ini kerana setiap pemimpin dari parti politik yang menang mestilah mempunyai cita-cita atau konsep yang sama dalam mengendalikan negaranya. Mereka sepatutnya memerintah negara dengan tujuan yang sama sebagaimana pemimpin-pemimpin terdahulu yang memerintah. Oleh itu, walaupun terdapat pertukaran pemimpin, tujuan pemerintahan tidak akan terkeluar daripada maksud berusaha memenuhi kehendak dan aspirasi rakyat. Dengan adanya perlembagaan rakyat mendapat jaminan undang-undang bahawa tidak akan ada unsur-unsur diskriminasi di kalangan mereka. Pembahagian kuasa dinyatakan secara jelas dalam perlembagaan antara rakyat dengan pemerintah serta badan perundangan telah memisahkan antara satu sama lain daripada melakukan penindasan dan salah guna kuasa. Tidak ada pihak mendapat keistimewaan dari segi undang-undang, sebaliknya semua orang harus menghormati dan mematuhi perlembagaan negara. Sikap ini boleh membantu mewujudkan perpaduan di kalangan rakyat sebagai syarat untuk membolehkan mereka hidup aman damai. Walaupun pada dasarnya, perlembagaan boleh dipinda, namun ia tidak boleh dilakukan dengan sewenang-wenangnya. Sebarang pindaan perlembagaan yang dilakukan dalam mana-mana negara, ia mestilah berdasarkan perlembagaan juga. Jika pindaan boleh dilakukan dengan mudah dan mengikut kehendak pemimpin-pemimpin (penggubal), maka ini akan menghasilkan satu keadaan kucar-kacir di mana pemimpin itu mungkin bertindak sesuka hatinya dan mengabaikan kemahuan rakyat. Oleh itu, jelas betapa perlunya perlembagaan bagi mengekalkan keamanan dalam sesebuah negara.
Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi yang perlu dipatuhi. Tanpa perlembagaan tidak akan dapat membina negara yang aman. Ia juga dapat memupuk semangat patriotik dalam kalangan masyarakat dan rakyat. Jika rakyat tidak bersatu maka negara akan tidak utuh manakala negara yang kuat akan mudah merampas negara yang tidak utuh. Jadi dengan adanya perlembagaan negara, rakyat dapat berpegang kepada satu undang-undang yang diramalkan dan dihormati untuk memastikan kewujudan sesebuah negara berdaulat. 




Related image


FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN SESUATU PERKARA DALAM PERLEMBAGAAN TERPAKSA DIPINDA /DITAMBAH DARI SEMASA KE SEMASA

Setiap perlembagaan bertulis mengalami perubahan atau boleh dipinda dari semasa ke semasa. Pindaan perlembagaan dibuat kerana sikap, fahaman dan kehendak rakyat telah berubah. Kadangkala keputusan mahkamah juga menyebabkan perlembagaan dipinda. Sejak Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu digubal, ianya telah mengalami beberapa perubahan dan pindaan. 

     Namun begitu, pindaan dan perubahan yang dibuat itu, sehingga kini masih kekal dengan sifat dalam lingkungan rangka perlembagaan asal yang telah diwujudkan itu. Perubahan dan pindaan yang dilakukan dalam perlembagaan itu adalah berdasarkan kepada beberapa perubahan yang berlaku di negara kita. Ini merupakan suatu perkara yang biasa, lebih-lebih lagi apabila terdapat sesuatu perkara dalam perlembagaan yang dirasakan tidak begitu sesuai lagi. Contohnya, apabila Persekutuan Tanah Melayu bertukar menjadi Malaysia dengan kemasukan Sabah dan Sarawak, Perlembagaan telah dipinda supaya dapat disesuaikan sesuatu undang-undang itu dengan konsep malaysia. Satu lagi peristiwa yang membawa kepada pindaan perlembagaan ialah tragedi berdarah 13 Mei 1969. Ianya berkaitan dengan soal kebebasan hak asasi serta kesetiaan kepada Raja dan Perlembagaan. 

       Kebebasan asasi untuk bercakap, berhimpunan dan menubuhkan persatuan sewenang-wenangnya tanpa kawalan mencetuskan perkara yang tidak diingini. Di kalangan orang bukan Melayu misalnya, telah dengan lantangnya mempersoalkan kedududkan raja-raja, hak keistimewaan orang Melayu dan bahasa Kebangsaan. Akibat daripada tercetusnya peristiwa berdarah 13 Mei 1969 itu, Parlimen pada tahun 1967 telah meluluskan akta meminda Perkara 10 Perlembagaan Malaysia mengenai kebebasan bersuara, berhimpun dan berpersatuan. Perlembagaan Malaysia juga sentiasa dikaji dari semasa ke semasa. Jika perlu ianya akan dipinda dan diubah mengikut kehendak pemimpin dan kerajaan yang memerintah. Kali terakhir berlaku pindaan Perlembagaan ialah semasa Dewan Rakyat bersidang pada bulan Ogos 1983 yang lalu. Dalam persidangan Dewan Rakyat pada bulan Julai 1983, Dewan telah meluluskan beberapa rang undang-undang yang kemudian diluluskan oleh Dewan Negara . 




Image result for undang undang malaysia


      Di Malaysia, pindaan Perlembagaan adalah bertujuan untuk melindungi kepentingan rakyat dan menjaga keselamatan negara. Pindaan ini  bertujuan untuk melicinkan urusan pentadbiran negara supaya sentiasa relevan dan sesuai. Perlembagaan dipinda bagi mengelakkan perkara sensitif dipersoalkan secara terbuka.Contoh pindaan Akta Hasutan 1970 yang telah diluluskan oleh Parlimen.

KONSEP RAJA BERPERLEMBAGAAN SERTA KEPENTINGANNYA DALAM SEBUAH NEGARA DEMOKRASI

Konsep Raja Berperlembagaan adalah satu konsep pemerintahan yang mengekalkan raja sebagai pemerintahan tertinggi tertakluk kepada Perlembagaan Malaysia. Ketua Negara iaitu Yang Di-Pertuan Agong (YDPA). Baginda akan dilantik oleh Majlis Raja-Raja Melayu dan dibantu oleh Perdana Menteri. Yang Di-Pertuan Agong bertindak mengikut nasihat Perdana Menteri berdasarkan Perlembagaan Malaysia. Baginda tidak boleh bertindak sendirian kecuali hal yang memerlukan budi bicara baginda. Baginda dipilih daripada kalangan 9 Raja Melayu secara bergilir-gilir mengikut peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia, iaitu Negeri Sembilan, Selangor, Perlis, Terengganu, Kedah, Kelantan, Pahang, Johor, dan Perak. Yang Di-Pertuan Agong juga membantu memantapkan kewibawaan institusi beraja di Malaysia. Malaysia memilih untuk mengamalkan sistem pemerintahan Demokrasi Berparlimen dengan Konsep Raja Berperlembagaan. 

Image result for konsep raja perlembagaan malaysia

     
Oleh itu, Yang Di-Pertuan Agong bertindak sebagai Ketua Negara. Selain itu, Malaysia juga merupakan negara yang mengamalkan sistem demokrasi berasaskan sistem Persekutuan. Hal ini menyebabkan semua negeri dalam Malaysia bersetuju dengan konsep penubuhan negara Malaysia. Oleh yang sedemikian, setiap negeri harus menyerahkan sebahagian kuasa masing-masing seperti pertahanan, pelajaran, kewangan dan lain-lain lagi seperti mana yang tercatat dalam Perlembagaan Malaysia. Perlembagaan negara kita telah digubal dengan ciri-ciri sistem Demokrasi Berparlimen. Kuasa dibahagikan kepada tiga bagi memenuhi ciri-ciri sistem Demokrasi  Berparlimen. Tiga bahagian tersebut adalah Badan Pemerintah (eksekutif), Badan Perundangan (legislatif) dan Badan Kehakiman (judsiari). Kuasa, bidang tugas dan peranan bagi ketiga-tiga badan ini adalah berlainan. Ketiga-tiganya dipantau oleh Yang Di-Pertuan Agong. Namun bagi menjamin keadilan di negara Malaysia, Badan Kehakiman sahaja merupakan sebuah badan yang berasingan dan bebas dari politik.


PERANAN PERLEMBAGAAN SECARA UMUM

Secara amnya, kewujudan perlembagaan kepada sesbuah negara adalah sangat penting kerana dengan wujudnya perlembagaan, ia akan menjamin riwayat sesebuah negara bangsa sentiasa relevant dengan perubahan zaman. Peranan perlembagaan secara umum ialah mewujudkan pemerintahan yang adil. Kewujudan perlembagaan dari segi sejarah berdasarkan tolak ansur antara kaum dalam beberapa perkara seperti hak istimewa orang Melayu, Bahasa Melayu, Agama Islam dan lain-lain lagi. Sebagai contoh, walaupun perlembagaan memperuntukkan Agama Islam sebagai persekutuan/rasmi negara  (dalam bahagian 1, perkara 3 (1) , tetapi agama lain juga bebas diamalkan di Malaysia. 

        Selain itu, mengelakkan penyalahgunaankuasa dan mengawal pergerakkan kerajaan dan rakyat. Keadaan ini secara tidak langsung akan membentuk pembahagian kuasa dan dapat mengelakkan daripada dimonasi kuasa oleh sesuatu pihak. Sebagai mana yang digariskan dalam perlembagaan, terdapat beberapa peruntukkan khas tertentu untuk YDPA serta sultan / raja / Yang Di-Pertuan Negeri. Dalam hal ini, walaupun baginda mempunyai bidang kuasa tertentu, tetapi kuasa tertentu, tetapi segala tindakan mereka adalah tertakluk kepada perlembagaan. Disamping itu, peranan perlembagaan secara umum adalah alat penyelesaian masalah. Perlembagaan sesungguhnya telah menjadi undang-undang tertinggi negara dan menjadi rujukan utama dalam penggubalan undang-undang Persekutuan dan negeri. Bahkan sebarang masalah dalam pembuatan undang-undang atau rujukan apa-apa hukuman kepada seseorang warga negara adalah berasaskan perlembagaan. 

Image result for peranan perlembagaan secara umum


      Seterusnya mengekalkan riwayat negara bangsa, pembentukan perlembagaan akan mengekalkan identiti negara bangsa Malaysia kerana melalui perlembagaan, sistem pentadbiran dan perjalanan undang-undang negara dapat dilaksanakan. Peranan yang seterusnya, menjaga kestabilan negara. Sesungguhnya perlembagaan telah berjaya dibentuk keamanan dan kestabilan negara. Hal ini memandangkan terdapatnya sekatan-sekatan dalam perlembagaan yang mengawal pergerakkan setiap warganegara Malaysia walaupun mereka diberi kebebasan dan keistimewaan tertentu. Namun, kebebasan dan keistimewaan ini ada hadnya apabila terdapat perkara-perkara yang difikirkan perlu untuk menyekat kebebasan mereka (bahagian 2 perkara 10).

CIRI-CIRI PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA

Perlembagaan Persekutuan  mempunyai ciri-ciri yang khas dan ia telah menjadikan Perlembagaan sebagai undang-undang negara yang menjadikan Perlembagaan sebagai undang-undang negara yang menjamin keamana dan kesejahteraan rakyatnya. 

  Oleh itu, perkara penting yang mencirikan perlembagaan ialah ia melambangkan Malaysia sebagai sebuah negara Persekutuan mempunyai Raja berperlembagaan, mengamalkan sistem demokrasi berparlimen, menjadikan agama islam sebagai agama rasmi, tetapi agama lain bebas diamalkan. Ini menunjukkan Malaysia sebagai sebuah negara yang mengamalkan sikap tolak ansur dan menjaga kepentingan semua kaum dan bangsa. Manakala Perlembagaan pula menjadi sumber undang-undang tertinggi negara ini.

    Selain daripada itu, perlembagaan juga memperuntukkan pengasingan kuasa dalam pentadbiran kerajaan. Ini juga melambangkan sikap toleransi pemerintah dan menjamin amalan demokrasi tetap wujud.


Image result for ciri2 perlembagaan malaysia

KESIMPULAN

Perlembagaan Malaysia merupakan undang-undang tertinggi negara. Perlembagaan Malaysia telah digubal menjadi garis panduan dalam sistem pemerintahan, sistem politik dan pentadbiran negara di samping memberikan jaminan perlindungan kepada rakyat. Perlembagaan merupakan tunjang kepada keamanan dan perpaduan kaum di Malaysia. Permuafakatan sosial yang dipersetujui sewaktu menggubal Perlembagaan merupakan persetujuan yang telah diterima oleh pelbagai pihak pada ketika itu. Oleh itu, ketinggian Perlembagaan seharusnya dijunjung bagi mengekalkan keamanan dan kestabilan negara Malaysia.


Image result for konsep perlembagaan malaysia